Pages

Monday, October 18, 2010

spinal cord injury in bahasa melayu - cintailah bahasa melayu

KEPATAHAN TULANG SPINAL
SEJARAH ASAL
Klasifikasi fracture spine secara amnya berdasarkan stabiliti tulang itu sendiri Holdsworth`s (1963) mengklafikasi mekanisma kecederaan termasuk flexion, flexion rotation, extension dan compression.Ada dua teori tentang stabiliti spine dari Kelly dan whitesiders (1986) iaitu anterior vetebra column termasuk primary weight bearing sementara posterior neural arch column melawan tekanan, kestabilan juga berdasarkan kekukuhan atau pelekatan posterior column.

KECEDERAAN STABIL DAN TIDAK STABIL

Nicoll (1962) dan Housworth (1970) menekankan kepentingan membezakan fracture dan dislokasi yang stabil dan yang tidak stabil. Fracture dan dislokasi tidak stabil bertanggungjawab terhadap sasaran selanjutnya dan mendatangkan bahaya kecederaan saraf tunjang

Kecederaan Spina Lumbar

Kecederaan spinal lumbar boleh dikelaskan :

I. Anatomi patologi : Fracture mampatan jasad vertebra / compression,
II. Fracture letusan jasad vertebra / burst, subluksasi ekstensi, subluksasi fleksi, dislokasi.
III. Mekanisma yang menyebabkan kecederaan.

Mekanisma Kecederaan Spine

Menurut Angelo Grillo dan Robert E. O’ Connar, kecederaan spina dikategorikan mengikut mekanisma kecederaan. Dua pertiga dari kecederaan lumbar berlaku di bahagian torakolumbar. 15 % dari fracture thorakolumbar melibatkan kecederaan neurological terutama renjatan neurogenik dengan hipotensi bradikardia.

I. Hiperfleksi
II. Tekanan (Compression)
III. Hiperekstensi

JENIS KECEDERAAN
Berdasarkan gambaran CT Scan pada kecederaan thoracolumbar, Denis (1984) mengeluarkan satu lagi klasifikasi baru berdasarkan 3 column teori tulang spinal. Anatomi spine terbahagi kepada 3 column:

a. Anterior column
Anterior longitudinal ligament, 2/3 anterior annulus dan vetebra body.

b. Middle column
Posterior 1/3 vetebra body, annulus dan posterior longitudinal ligament.

c. Supraspinous ligament:
Body neural arch, interspinous, supraspinous ligament dan ligamentum flavam.

Kestabilan tulang spine memerlukan intact dua dari tiga column. Semakin intact (15 % keseluruhannya) maka semakin besar kecederaannya. Kecederaan kecil melibatkan kecederaan luar column termasuk kepatahan spinous dan transverst processes, parsintaryrartieularis dan facet articulation. Kecederaan keritikal melibatkan kecederaan keseluruhan satu column (ruang) dan terbahagi kepada compression, burst, seatbelt, dan kepatahan dislocation.

“Burst fracture” - tekanan pada anterior dan middle columns samaada berlaku atau tidak kecederaan pada posterior column.

Terdapat lima jenis Burst fracture untuk diterangkan

1. Type A : Kepatahan pada kedua-dua endplates (24%)
2. Type B : kepatahan hanya pada superior endplates (45%) dan kerap berlaku.
3. Type C : Kepatahan hanya inferior endplates (7%)
4. Type D : kecederaan jenis burst atau rotaction (15%)
5. Type E : kecederaan jenis burst atau lateral traction (15%)

Kecederaan pada bahagian spinal

Sebanyak 20 % kecederaan pada bahagian spinal yang melibatkan spinal injuri yang melibatkan neurological deficit yang melibatkan paraplegia.( J.Maheshwari 1993 )

Rawatan
Rawatan yang dilakukan ialah

1. Positioning

2. Care of the back

3. Personal hygine

4. Care of bladder

5. Physiotherapy

6. Rehabilitation
• Physical

7. Social
• economic

5 katagori yang di periksa untuk mengetahui fungsi neurologic .

I. Tahap kesedaran (level of consciousness)

II. Menitik beratkan vital sign termasuk airway dan corak pernafasan (vital sign particularly the airway dan breathing pattern)

III. Reaksi pupil (papillary reaction/ berkenaan dengan pergerakan anak mata)

IV. Ocular movement (berkenaan dengan mata)

V. Skeletal and muscle respond (respond pada muscle dan tulang)


Paraplegia

a Paralysis pada bahagian bawah portion of the body dan kadang kala melibatkan pada lower trunk.

b Paraplegia terjadi apabila kecederaan yang melibatkan thoracic, lumber dan sacral portion of spinal cord dan menyebabkan gangguan pada sensory dan hilang fungsi pada motor.


Spinal shock

a Kehilangan fungsi reflex yang sementara bawah pada kecederaan yang dialami dan ianya dikenali sebagai(areflexia)

b Ia adalah respond yang biasa terjadi jika terdapat kecederaan pada spinal cord.

c Respon ini berlaku dalam kadar yang segera selepas complete transaction pada spinal cord terganggu dan cord tidak berfungsi dengan baik.

d Respon juga terjadi (walaupun dalam varging degrees) selepas partial transaction berlaku dengan segera selepas spinal cord contusion,compression dan ischemic.

e Sebab terjadinya spinal shock masih tidak diketahui walau bagaimanapun ianya diketahui melibatkan motor pathways dengan kehilangan fungsi motor, tendon reflex dan fungsi autonomic.


Manifestasi acute spinal shock.

I. bradycardia

II. hypotension

III. flaccid paralysis of skeletal muscle

IV. loss of sensation of pain , touch, tempreture,dan blood pressure.

V. absence of viseral and somatic sensations .

VI. bowel and bladder disfunction.

VII. loss of Ability to perspine

VIII. loss of muscle aktiviti.


PRINSIP UMUM

Pemilihan pesakit untuk menjalani pembedahan pada kecederaan pada thoracolumbar spine mesti berdasarkan matlamat perawatan secara spesifik. Tidak ada jalam mudah untuk masalah pada spinal canal atau yang mempunyai ganguan neurology. Mereka perlu dibetulkan dengan decompression atau sebarang cara lain untuk membetulkan kecacatan atau ganguan tersebut. Kecederaan tulang spine yang ketara perlu diperbetulkan. Ketidak stabilan spinal column mesti dikembalikan kestabilannya dengan menggunakan cara “ instrumentation and fusion” dalam banyak kes yang melibatkan anterior, posterior atau gabungan mungkin memerlukan pembedahan.

Masa tiap-tiap satu pembedahan kecederaan thoracolumbar spine tidak dapat dijelaskan. Ada diantara lapan hingga dua belas jam selepas kecederaan pesakit yang memerlukan pembedahan perlu menerima rawatan. Dipecayai lagi cepat pesakit menerima rawatan decompression dan stabilization adalah lebih baik. Ini kerana untuk mencegah spinal cord dari lain-lain kecederaan.

Terdapat dua situasi yang memerlukan surgical intevention dengan segera

1. Mempunyai kecederaan neurological yang teruk
2. Kecederaan “incomplete neurologic” berserta irreducible discloction



KECEDERAAN YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN

Rawatan yang tidak memerlukan pembedahan adalah untuk mereka yang tahap kecederaannya stabil dengan sedikit potensi kecacatan. Satu kecederaan column termasuk kepatahan “ wedge compression” dan kepatahan posterior aligment dikira stabil. Kepatahan boleh sembuh dengan imbolisasi yang sempurna iaitu plaster kas atau orthotic untuk ambulasi awal

Jenis external immobilasi mesti melindungi kecederaan ulangan, untuk kecederaan atas dari T7 adalah seperti occipitocervicothoracis orthocis boleh digunakan. Penyembuhan dalam jangka masa lapan hingga 12 minggu. Manakala Thoracolumbosacral orthosis digunakan untuk kecederaan T7 kebawah dan penyembuhan memakan masa 12 hingga 16 minggu. Kecederaan di bawah paras lumber kas atau orthosis termasuk bahagian peha memerlukan penyembuhan 6 hingga 12 minggu untuk stabilkan tulang pelvic. Non operative juga perlu untuk sesetengah kecederaan yang stabil dan tidak ada ganguan neurologi.

RAWATAN PEMBEDAHAN

Pembedahan atau rawatan kecederaan spine perlu untuk kes-kes

1. Tidak stabil berdasarkan kepada neurological status

2. Pesakit dengan incomplete spinal cord injury dan spinal canal compromise dan cord compression

3. Fracture dislocation memerlukan realignmen

4. Complete neurologic injury pada cauda dan beserta pencuaran yang berterusan


Walaupun dalam pesakit yang mempunyai gangguan kecederaan neurologi yang teruk, surgical stabilization perlu untuk mobility dan rehabilatasi ke atas pesakit.

Terdapat kontroversi berkaitan dengan rawatan pembedahan untuk kecederaan yang tidak stabil ini. Kebiasaannya rawatan konservertif adalah yang terbaik difikirkan. Jika terdapat kecederaan neurologi kecacatan tulang dan kestabilan boleh diperbetulkan jika berlaku.

2 comments:

  1. TERPAKSA MENGAKU,SBB AMIK MEDICINE DI LUAR NEGARA ,SY XFAHAM TERM2 BAHASA MELAYU.. :(

    ReplyDelete
  2. Sye study di mlaysia pn sedih sbb xdpt nk memahami dlm bhsa melayu.rasanye english lbh mudah dfhmi ;(

    ReplyDelete